20101024

Pity SelfNess..

sometimes dalam dunie ni, mcm2 boleh berlaku..
ape yg akn berlaku kite xkan dapat meramalnya dgn baik..
bagi aku.. hidup ini umpama pokok yang mencari air dan matahari..
pokok juga tidak tahu apa akan terjadi esok hari dan masa akan dtg..
apa yg penting, ialah meneruskan hidup..
tidak boleh leka dan selalu berusaha..
dan apa sebenarnya yang dikatakan dgn hidup ini...
bagi manusia......?


ini kisah benar yg berlaku.. aku tidak sedar apa sebenarnya yg tuhan cba sampaikan pada aku.. tetapi yang aku tahu.. ini ialah peringatan dari-Nya.. ALhamdulillah syukur~ Thank You Allah..

Bertempat di sebuah restoran berkonsepkan KOPITIAM.. aku bersama ibu dan adik prempuan ku.. sdang enak menjamu selera sambil beriang ria-bergelak ketawa.. dalam keadaan yang begitu menyeronokkan.. dtg nya seorang budak lingkungan umurnya 9-12 tahun.. dtg berhampiran ibuku dan menghulurkan senaskah buku yang tertulis Yassin dlm bhasa JAWI.. lalu aku melihat budak lelaki tersebut dari atas hingga ke bawah.. dan aku terdiam.. ini kerana aku melihat budak itu amat sempurna.. aku membayangkan budak tersebut sebgai adikku.. kerana budak tu seiras dengan baya adik lelaki ku..

kemudian.. aku bertanya~ "Adik ni dr mana?" dia tidak menjawab.. kemudian aku bertanya lagi.. "ibu adik ada kat mane??" lalu dy mnjawab "ada kat umah,, ibu baru balik dari kerja mencuci.. sy mintak maaf menggangu abg dan mak cik keluarga mkn.. tp sy ingin mintak belas kasihan dan ehsan dari makcik dan abg.. ayah sy telah meniggal dunia beberapa hari lepas.. tinggal hanya aik, sy dan ibu.. ibu tiada duit kerana ayah tiada harta untuk ditinggalkan sebelum dia pergi.. sbb itu ibu amik kerje utk membasuh.. sy anak sulung.. sy terpaksa mintak sedekah untuk meringankan beban ibu.. sy telah pon berhenti sekolah.." dan mengalir air yg halus dari celah kelopak mata budak itu..

lalu aku berbisik pada mama.. "ma.. org rase kasihan pada budak ni.. better mama bg mkan dulu kat dy mgkin sudah brapa hari dy x mkn.." dan mama order nasi grg kat situ dan mnuruh budak itu mkn.. sebelum kami berangkat.. mama menghulurkan sejumlah wang kepada budak tersebut.. lalu mama berpesan.. "adik.. adik kene bersabar.. usaha dengan lebih gigih.. makcik bangga dgn kamu yg bertungkus lumus menyara adik kamu.. dan kamu jga bersabar dgn pemergian bapa kamu.. tapi ingat dik.. hari ni kamu susah.. org y tolong kamu.. mgkin ada dan mgkin tiada.. tp ingat pesan makcik.. bila kamu senang nant.. insyaAllah.. kamu jgn lah lupa pada dunia dan yg pling penting akhirat.. Allah xkan mnguji hambanya diluar kemampuan hambanya.." lalu budak tersebut bgun dari tempat mkannya dan memeluk mama aku dan mnagis.. "terima kasih mak cik~ sy harap tuhan akan mbalas pertolongan makcik ini~ ", bisikan halusnya~. lalu kami pon meninggalkan budak tersebut dan masuk kedalam kereta..

ketika didalm kereta.. mama termenung seketika.. beberapa minit kemudian mama baru mnghidupkan enjin dan berlalu dari restoran tersebut..

disini kita dapat lihat..
jangan ingat kita sudah berjaya dan akan selamanya berjaya..
jangan ingat kita senang tuhan x kan beri kita kesusahan..
dan bila kita mndapat ksusahan..
jgnlah kamu lari dari landasan kesabaran..
tabah itu amat perlu dari pelbagai aspek..
pabila senang..
jangan sekali kali lupa pada agama dan bangsa..
berilah dgn seikhlas hati..
wlaupun sedikit pertolongan kamu..
moga2 tuhan akan membalasnya dgn berlipat kali ganda..
insyaAllah~

Saturday, BABA nyonya kopitiam, Ampang 6.40 ptg